TRANSFORMASI GENERATIF


Pengenalan Teori Generatif
Avram Noah Chomsky
(7 December 1928)

  • Teori ini dipelopori oleh Avram Noah Chomsky pada tahun 50-an.
  • Teori generatif merupakan satu aliran baharu yang timbul selepas aliran struktural.
  • Wujudny teori ini didebabkan oleh beberapa kekurangan dan kelemahan teori tradisional dan struktual.

Maksud Transformasi Generatif

  • Generatif bermaksud menerbitkan, iaitu bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan kemudian berkembang untuk menerbitkan unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu.
  • Transformasi membawa makna mengubah atau menukar, iaitu menuliskan semula.
  • Kontenks ini bermakna menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya.
Konsep Transformatif Generatif
  • 2 konsep baharu dalam analisis transformasi generatif yang berkaitan dengan kemampuan bahasa iaitu struktur dalaman dan luaran.
  • Struktur dalaman adalah jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman.
  • Konsep kedua juga dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada struktur permukaan iaitu struktur luaran.

Comments

Popular Posts